Malam Sabtu tadi, kami disajikan dengan persembahan goyah drpd skuad sang harimau yang bertandang ke Stadium Jalan Besar di Singapura pada kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia. Sama-sama makhluk yg terkuat di hutan belantara, sang harimau mengaum pd awal permainan dgn ledakan Safee Sali pd saat yg ke 26 (pd pendapat penulis, gol ini merupakan yg terpantas di sejarah kelayakan zon Asia?). Akan tetapi, detik manis ini hanya bertahan 7 minit sahaja sebelum sang harimau diterkam dan dibaham oleh sang singa yg tiba tiba menunjuk belang (who is the strongest). Malapetaka ini adalah atas soal benteng pertahanan harimau yg terlalu yakin pada diri sendiri dan rapuh sehingga menyebabkan lawan dapat membolosi 4 gol sebelum wisel separuh masa pertama ditiupkan. Sang Harimau seolah-olah ketandusan idea dan bahagian serangan tiba-tiba hilang sentuhan berbisa yg mampu menggugat dan menguji Mohd Iwan selaku benteng pertahanan sang singa yg terakhir. Mutu permainan sang harimau adalah terburuk selepas gol yg pertama, hilang tumpuan dan menyebabkan mereka dimalukan oleh skuad singa yg terdiri drpd penyerang import yg berusia 40 tahun dan arkitek tengah yg berbadan buncit tetapi lincah dan licik!!!!!
Rata-ratanya pemain-pemain muda ini masih mentah dr segi taktik dan membaca body movement lawan sehingga terperangkap berkali-kali pd separuh masa yg pertama.
Permulaan separuh masa kedua dihidangi dengan kad merah yg diterima oleh kapten pasukan Safiq Rahim yg ternyata tertekan utk mengejar defisit gol sehingga memaksa dirinya menerpa lawan dgn kasar. Nasib agak memihak kepada sang harimau selepas tu dgn pemain lawan juga diarah keluar padang gara gara tindakan kasar pd S Kunalan yg berasal dr Semenyih dan ledakan 2 gol yg penting. Namun demikian, benteng pertahanan yg diketuai oleh Muslim, sekali lagi menampakkan pengalaman membaca pergerakan badan lawan yg mentah sehingga menyebabkan gol yg ke 5 bagi pihak lawan.
Walaupun berbekalkan 3 gol di tempat lawan, namun hakikatnya skuad sang harimau ini tidak harus lagi membiarkan penyerang skuad singa itu berlegar-legar dengan bebasnya di kawasan kotak penalti di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pusingan kedua Khamis ini. Ayuh, askar-askar kita! jangan kita mengibar bendera putih sebelum kita berjuang berhabis-habisan utk melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Pastikan Negaraku berkumandang di udara di pusingan yg seterusnya.
No comments:
Post a Comment