Tanggal 28 July 2011 menyaksikan kegagalan skuad sang harimau malaya, bimbingan Datuk K Rajagopal, meneruskan cabaran ke pusingan seterusnya dalam Piala Dunia 2014 di Brazil nanti.
Sebaik sehaja permainan dimulakan, pemain kebangsaan bertungkus-lumus untuk merobek gawang lawan. Namun, semua hantaran yang dilakukan begitu gopoh dan tidak kemas. Tambahan pula, taktik dan strategi pihak lawan begitu menampakkan kesan dari minit ke minit dan saat ke saat. Apa tidaknya, pemain pihak lawan tampak begitu rapuh apabila diasak oleh pemain harimau malaya. Kebanyakan mereka terlantar di padang Stadium Nasional, Bukit Jalil sebaik sahaja 'disentuh" oleh pemain harimau malaya. Alamak, pada pendapat penulis, pihak FIFA perlu menangani isu pemain bertindak berpura-pura cedera di padang dengan tujuan melengah-lengahkan masa dengan segera.
Insiden tersebut telah mengganggu kerancakan dan tempo permainan malam tersebut. Cukup mengecewakan apabila melihat pemain Singapura menunjukkan tipu helah yang tidak professional langsung dalam usaha melayakkan diri ke pusingan berikutnya.
Wajah kecewa dan sayu jelas ternampak di muka pemain-pemain harimau malaya sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan. Skuad harimau malaya tewas dengan agregat 4-6 kepada pihak lawan yang lebih 'arif' dalam mengambil kesempatan dalam "loophole" bolasepak ini
Walau bagaimanapun, pujian dan sokongan harus diberi ke atas pemain-pemain harimau malaya yang menunjukkan sikap bermain bermati-matian dan berjuang habis-habisan sebelum menyerah kalah. Ini adalah semangat yang harus ditampilkan ke depan setiap masa apabila memikul tugas yang melibatkan maruah dan reputasi negara.
No comments:
Post a Comment