Malam Ahad lepas menyaksikan tersungkurnya jaguh badminton negara - LCW dalam tangan Lin Dan, seorang jagoan badminton yang terunggul.
Pada pandangan penulis, Lin Dan memang berada di kelasnya yang tersendiri. Terus-terang, LCW bukan lawan langsung kepada Lin Dan, meskipun LCW begitu bermaharaja di gelanggang kebangsaan. Kalau kejohanan tersebut tanpa penyertaan Lin Dan, LCW mempunyai peluang cerah untuk menjuarainya. Akan tetapi, apabilanya bertemu dengan Lin Dan, LCW tampak begitu gugup dari segi psikologinya. Ini jelas kelihatan dalam perlawanan akhir kejohanan dunia di London baru-baru ini yang menampakkan kegopohan LCW dengan melakukan unforced error pada babak match point, lalu membenarkan Lin Dan menamatkan perlawanan itu dengan bergaya.
Satu lagi kelemahan pada LCW ialah tidak dapat memikir dengan berdikari sebagai contoh, dia kerap bermain di depan jaring walaupun tahu bahawa Lin Dan sedia menerpa bila-bila masa apabila peluang terhidang. Sudah banyak kali Lin Dan menunggu di hadapan jaring dan membenam bulu tangkis tanpa sebarang belas kasihan kepada LCW. Satu pertanyaan, adakah anda masih meneruskan perjalanan walaupun sudah tahu perjalanan di depan penuh dengan onak duri?
Tambahan pula, unforced error yang terlalu banyak telah menyebabkan bola tanggung dan terus dibenam oleh Lin Dan dengan kelajuan bulu tangkis melebihi 262km/j. Hendaklah diketahui, jika dibiarkan begitu terlalu kerap dalam suatu perlawanan, LCW tidak akan mempunyai kelebihan dari segi psikologi.
Apa yang perlu dilakukan ialah memperbaiki mutu perlawanan, skil, psikologi dan juga strategi mahupun taktik perlawanan, jika masih menyimpan hasrat untuk menjadi juara dunia pada tahun 2013 sebelum mengundur diri
No comments:
Post a Comment