Jul 9, 2011

♥ Agenda masa kini ♥

Tanggal 9 Julai 2011 bakal melakar satu lagi tawarikh di negara ini di mana satu perhimpunan gergasi akan diadakan di Kuala Lumpur bagi menuntut satu sistem pengundian yang bersih, adil, saksama dan telus.

Walau bagaimanapun, perhimpunan tersebut dihalang oleh pihak kerajaan dengan pelbagai alasan yang dianggap paling bodoh di dunia yang pernah didengar. Rasa-rasanya kerajaan telah ketandusan idea untuk menangani perkara ini. Kalau alasan tersebut logik, bolehlah kita terima tanpa soal siasat. Akan tetapi, alasan yang diguna adalah seperti berikut:

a) Sebulan lepas, kerajaan mendakwa perhimpunan itu akan menimbulkan huru hara di sekitar KL dan periuk nasi peniaga di sekitar KL akan terjejas. Akan tetapi, sehingga semalam, kerajaan telah mengarahkan pihak polis menutup semua laluan utama ke KL. Soalannya, adakah periuk nasi peniaga di sekitar KL tidak akan terjejas susulan keputusan polis atau kerajaan itu??  Siapakah pelanggan peniaga di KL?? Polis, FRU atau kerajaan? Kalau ya, siapakah sebenarnya dalang di belakang yang menyebabkan periuk nasi peniaga di sekitar KL terjejas? Biarkan kita renungilah bersama-sama.


Pada hemat penulis yg tidak menyebelahi mana mana pihak, ingin mengutarakan sedikit pandangan, semua yg berlaku pasti ada sebab di sebaliknya. Jika salah satu pihak termasuk kerajaan, telah melakukan kesilapan, akui saja dan perbetulkan kesilapan itu serta-merta. Dengan ini, tidak ada lagi bantahan mahupun perhimpunan akan diadakan setiap masa. Perlu diketahui, perhimpunan sedemikian akan membawa kesan yg kurang baik kepada masyarakat sejagat walau di  mana-mana sekalipun,  termasuk kerugian berjuta-juta.

Renungilah bersama sama

No comments: