Pada minit yang ke 97, saat di mana pengadil malam final sedang berkira-kira untuk meniupkan wisel penamat, tiba-tiba ledakan Manaf Mamat yang ditepis oleh Khairul Fahmi 'disempurnakan dengan bergaya" oleh pemain Cik Siti Wan Kembang, Daudsu ke dalam gawang sendiri. Terengganu bagaikan mati hidup semula, memang aneh, pelik tapi benar! Serentak itu, sorakan gemuruh "peteh ganu peteh" bergema dan berkumandangan di Stadium Nasional Bukit Jalil ini. Dari titik pertolakan inilah, kita sebagai penonton setia Piala FA ini, melihat pemain pemain Kelantan seolah-olah tidak percaya akan apa yang telah berlaku dan terus lesu dan hilang semangat serta-merta. Cuba bayangkan lagi beberapa saat yang tinggal, Kelantan akan dinobatkan Juara Piala FA kali pertama dalam sejarah bolasepak kebangsaan, tetapi disebabkan tandukan yang gugup Daudsu, melenyapkan segala-galanya. Tetapi, inilah namanya bolasepak. Bola berbentuk bulat sfera. Segala-gala kemungkinan boleh berlaku sebelum wisel penamat ditiupkan. Samalah dengan hidup manusia, apa-apa saja boleh berlaku asalkan kita jangan putus asa, dan terus berjuang berhabis-habisan.
Sebelum mengundur diri, penulis blog ini berpendapat skuad Terengganu mempunyai beberapa pemain muda yang cukup berwibawa, antaranya Manaf Mamat, Joseph Kallang Tie dan Mazuki. Sekiranya bakat mereka digilap dengan baik, nescaya mereka akan menyinar di arena antarabangsa pada masa yang akan datang.
Syabas dan tahniah kepada skuad Terengganu yang memenangi Piala FA 2011 dengan penuh bergaya!

No comments:
Post a Comment